seangkatan denganku

Sunday, September 22, 2013

BAHAGIAN 2 : Cara-Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Diri

Pelbagai Cara yang Anda Boleh Lakukan untuk Memotivasikan Diri Anda.

Artikel motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak bermaya, atau putus asa melanda diri anda!

Berikut ini adalah 21 cara!

  1. Membaca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya.

  2. Menulis artikel motivasi.

  3. Mendirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.

  4. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.

  5. Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”

  6. Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.

  7. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!

  8. Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.

  9. Meditasi.

  10. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.

  11. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.

  12. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!

  13. Membuat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.

  14. Menyusunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.

  15. Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.

  16. Berjumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.

  17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.

  18. Beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga -  tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit.

  19. Menghadiri seminar motivasi.

  20. Mengadakan kenduri doa selamat.

  21. Melancong di dalam atau ke luar negara.
Pilihlah mana-mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, semangat dan kecergasan anda akan kembali kuat.

(TAHNIAH)Fouziah Gaus Kini Sah Isteri Zhafran Dengan Sekali Lafaz

Jutaan tahniah diucapkan buat Fouziah Gous dan Zhafran yang telah pun selamat bergelar suami isteri kira-kira 9.45 malam tadi dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam.
fouziah gous
Mas kahwin yang dihantar ialah sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran ialah RM50,000. Pihak lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat.
fouziah gous
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.
fouziah gous
Tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous dan Zhafran atas pernikahan ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi!!!

aku dah last sem wehh....

Assalamualaikum
hai semua semua warga blogger......
aku tahu semuanya sihat sejahtera aje kan....
huhuhu...  rasanya macam baru semalam family aku hantar aku ke KL untuk menimba ilmu.... kalau korang ikuti perkembangan aku mesti korang semua tahu yang aku ni belajar apa kan... hikhikhik....

memang aku rasa mcam tak percaya yang dah dua tahun aku berada di kota yang banyak memberi aku semangat untuk menghadapi hidup ini....

tapi hari ni aku malas nak tulis banyak-banyak tak ada idea hahahha.... just  nak kongsi gambar sahaja :)



 masa SEM 1.... suka sangat lepak-lepak kat lobby condo... masa ni semua muka suci je... hehehhe...


 bersama kawan baik aku Fitri A.K.A mielo.... masa dekat penyet ekpress....




 bersama kawan susah dan senang aku time belajar.... hehhee.. masa ni dalam perjalanan pulang ke kampung.. masa ni alex ni besar.. sekarang dah kecik orangnyer...




ni time last sem 1... ini lah uniform kita orang ..... student-student FIM...



time kelas kitchen.... lepas ni rindu lah weh....... kenangan yang tak dapat aku lupa... sememangnya FIM banyak beri aku kesedaran betapa susahnya hidup dirantauan....


nak lagi ke gambar-gambar menarik???? tunggu k.. 

Thursday, September 19, 2013

BAHAGIAN 1 : Definisi - Pengertian - Makna - Maksud Motivasi

Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini menjelaskan definisi, pengertian, maksud, makna atau takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.

1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju & Penggerak Tindakan

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.

Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.


Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa: 


"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."

2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. 
 
Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.

Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan."

3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.

Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat."

4. Motivasi Sebagai Stimulator
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat demikian.

Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih." 


Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa: 
"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini."


5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian
Apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan bahawa:
"Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi."

Tuesday, July 9, 2013

Saje-saje nak merungut

Assalamualaikum .......

APA KHABAR SEMUA WARGA BLOGGER.... AKU HARAP SEMUA BERADA DALAM KEADAAN SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA...... HURMMMMM.... SEBENARNYA HARINI DIRI INI TAK ADA MOOD .. TETAPI BENDA YANG DAH LAMA PENDAM NI NAK JUGAK DI CERITAKAN.. SEBELUM HAMBA MENJADI GILA....



pernah tak korang alami situasi yang sedang diriku alami ini,.. ye la aku ni bukan lah seorang yang sempurna.. tetapi aku gak ada perasaan ... lama sangat rasanya pendam perasaan.. memang lah orang nampak aku happy je. tetapi kat dalam hati ni sape yang tahu,...
hurmmmmmmmm......
mungkin nasib aku kot dah ditakdirkan hidup macam ni.. tetapi aku tak boleh lah nak salahkan takdir yang ALLAH dah tetapkan dekat aku.. ni kan satu ujian dalam menjalani kehidupan...

banyak sangat mengarut... sebenarnya, aku rasa kecewa dengan ............... aku... aku dah ikut rentak dia orang .. walaupun aku ni lagi tua dari dorang tapi aku sentiasa letak diri aku ni seusia dorang.. aku tak nak dorang respect aku.. cuma aku nak dorang ada rasa hormat bila berbicara, berfikir , dan dalam gurauan... bagi aku kadang kala gurauan dorang tu agak melampau.. mayne aku yang kolot.... hurmmmm.. tak apa lah selagi korang semua bergelar kawan aku.. aku hanya mampu berdiam......

bukannya aku tak nak update status kat fb maki memaki, gaduh sesama sendiri.. tapi sekarang aku ni dah 22 tahun. takkan aku nak berlagak macam budak2... aku tak pernah lah nak kisah berapa pun usia aku.... aku boleh masuk dengan korang. korang pun pandai lah menghormati sesama lain......
\
lagi satu, budaya mencarut .... hurmmmm entahlah dah jadi lumrah kot dalam hidup dorang.... bukan lah aku nak masuk campur hal korang tapi insaf lah...

TAPI SATU PERKARA JE LAH YANG AKU INGATKAN DALAM DIRI
KAWAN-KAWAN AKU KAT SINI FAMILY AKU...... :)


HASAN.. sabarlah beberapa bulan je lagi..






Monday, July 8, 2013

Assalamualaikum !!!!!!!
 salam sejahtera kepada semua warga blogging, kawan - kawan yang sentiasa memberi dorongan kat aku untuk menulis semula hahhahhahhahaa... (iyer larhhhhh.....sangat ) ... rasa nya lama sangat aku tak menuliskan....  rindu juga nak menulis tapi ada ke yang nak baca... tak ada pun tak apalah... janji aku nak tulis jugak (ayat macam pasrah je kan.. hahahahha ...... ) . 

apa-apa pun entry kali ni saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan AL Mubarak ... 



dekat bawah ni saya sertakan khutbah Rasulullah menjelang akhir Sya'ban untuk renungan bersama :

KHUTBAH RASULULLAH MENJELANG AKHIR SYA'BAN

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ
”Wahai manusia, sunguh telah dekat kepadamu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkahan, yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik (nilainya) dari seribu bulan, bulan yang mana Allah tetapkan puasa di siang harinya sebagai fardhu, dan shalat (tarawih) di malamnya sebagai sunah. Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah di bulan ini dengan satu kebaikan (amalan sunnah), maka pahalanya seperti dia melakukan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain.

Barangsiapa melakukan amalan fardhu di bulan ini, maka pahalanya seperti telah melakukan 70 amalan fardhu di bulan lainnya. Inilah bulan kesabaran dan balasan atas kesabaran adalah surga, bulan ini merupakan bulan kedermawanan dan simpati (satu rasa) terhadap sesama. Dan bulan dimana rizki orang-orang yang beriman ditambah. Barang siapa memberi makan (untuk berbuka) orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan dia mendapatkan pahala yang sama sebagaimana yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa.

Mereka (para sahabat) berkata : “Wahai Rasulullah! tidak semua dari kami mempunyai sesuatu yang bisa diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”

Rasulullah menjawab: “Allah akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan sebiji kurma, atau seteguk air, atau setetes susu”. Inilah bulan yang permulaannya (sepuluh hari pertama) Allah menurunkan rahmat, yang pertengahannya (sepuluh hari pertengahan) Allah memberikan ampunan, dan yang terakhirnya (sepuluh hari terakhir) Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka . Barangsiapa yang meringankan hamba sahayanya di bulan ini, maka Allah SWT akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka.

Dan perbanyaklah melakukan empat hal di bulan ini, yang dua hal dapat mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan yang dua hal kamu pasti memerlukannya. Dua hal yang mendatangkan keridhaan Allah yaitu syahadah (Laailaaha illallaah) dan beristighfar kepada Allah, dan dua hal yang pasti kalian memerlukannya yaitu mohonlah kepada-Nya untuk masuk surga dan berlindung kepada-Nya dari api neraka . Dan barang siapa memberi minum kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka), maka Allah akan memberinya minum dari telagaku (Haudh) dimana dengan sekali minum ia tidak akan merasakan haus sehingga ia memasuki surga “. [Shahih ibnu Khuzaymah no. 1887]

CATATAN:

Khutbah ini disampaikan oleh baginda sayidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam pada hari terakhir bulan Sya’ban, bersamaan dengan menyambut datangnya bulan Ramadhan.

Syahdan, hadits ini lemah, namun sudah dituliskan dalam setidaknya 25 riwayat, dan pada makna-makna kalimatnya pun didukung oleh hadits-hadits shahih. Karenanya, meski lemah, namun pada hakikatnya hadits ini merupakan perpaduan dari hadits-hadits shahih yang terpecah-pecah.

(Copy paste dr tazkirah Dr Zahazan)



oklah apa-apa pun semoga ramadhan kali ini memberi makna kepada semua....

Thursday, January 3, 2013

selamat tahun baru..


Assalamualaikum……



Apa khabar semua warga blogger dan pembaca…
Harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera lah hendaknya…
Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pengikut blog saya yang tak seberapa ini…..
 hehehee….. 
masih sempatkan nak ucap new year….
Sempena tahun baru ini mesti semua orang ada berazamkan sesuatu perkarakan. Samalah  dengan tuan empunya diri ini… tapi azam saya untuk tahun ini Cuma satu sahaja. Nak kuruskan badan. Azam inilah yang saya tanamkan pada diri saya selama ini.. harap tahun ini Berjaya lah turunkan berat…..
Baiklah itu sahaja untuk kali ini. 
Nanti kita berjumpa lagi di hari yang lain yer…. 

Monday, December 17, 2012

renungan bersama

ASSALAMUALAIKUM.... 

RENUNGAN BUAT WARGA BLOGGER...  info ini aku perolehi dari facebook.. silalah baca ^.....^

ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR! Tersentak seketika. Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al- Quran. Allah Allah Allah..

Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7
.
Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.




[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........

Thursday, December 13, 2012

resepi chocolate rice pudding.. senang lagi sedap


Assalamualaikum ….. ^ …^
Harap-harap semua follower dan penggemar blog sayaa ini sihat hendaknya…
Rasanya sudah lama saya tak berkongsi resepi kepada semua warga bloggerkan.. hari ini saya nak kongsi bersama anda semua satu resepi dessert yang tak kurang enaknya.. jika dimakan pasti hendak mencuba lagi. Tapi tak boleh lah nak makan banyak-banyak nanti penyakit senang dapat.. ^---^
Resepi yang saya nak kongsikan kepada warga blogger semua adalah  chocolate rice pudding.. bahan-bahan dia senang je nak dapat .. pergi aje lah ke tesco ke.. giant ke mesti jumpa punya lah… kalau tak jumpa jugak tak tahu lah nak kata apa.. huhu.. sebab apa saya pilih pudding nie? Sebab pudding caramel, mango pudding semua tu kita dah selalu sangat kita dengar dan rasa. Chocolate rice pudding ni agak jarang orang buat. So kepada sesiapa yang ingin try buat resepi ini silalah ambil resepi dibawah ini
|
|
|



|
|
|
V

CHOCOLATE RICE PUDDING
INGREDIENTS:
1 litre fresh milk
250g  whipped cream
250g  rice
150g   sugar
50g    corn flour
250g  dark chocolate
50g    chopped mix nut


METHOD:
1.     Pertama korang perlu didihkan fresh milk(susu segar) , gula , whipping cream dengan beras.. korang boleh guna apa sahaja beras.. (seelok-eloknya beras basmati)
2.    Selepas bahan-bahan di atas sudah mendidih, tambahkan corn flour (tepung jangung ) dan melt chocolate dan tambahkan mix nut yang telah dicincang halus.
3.    Setelah nasi masak. Sejukkan di dalam chiller sebelum di makan.


Macam mana senang aje kan cara-cara nak buat pudding ini kan.. macam masak nasi aje. Hehehe… hope korang dapat mencuba resepi ini di rumah.  Nak resepi yang lain lagi???? Tunggu entry yang akan datang.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...