seangkatan denganku

Friday, December 31, 2010

2011 mari....

░░ Happy New Year In Advance!! ░░░☆☆ ☆☆♥░▓▓▓▓▓░░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓░░░░▓▓░♫░░☆ ☆☆░░░♫░░▓▓░░▓░░░░░▓░▓▓▓░░░▓▓▓░♥☆☆ ☆☆░░♥░░░▓▓░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░ ▓░♫☆☆ ☆☆░♫░░▓▓░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆ ☆☆░░░▓▓░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♥░☆☆ ☆☆░♥▓▓░░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆ ☆☆♫░▓▓▓▓▓▓░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓▓░░░▓▓▓
Semaikan azam terbaru anda utk lebih maju. Semoga Allah memberkati tahun ini & akan datang~!



selamat tahun baru semua. harap tahun baru kali ini memberi keceriaan pada hidup anda... memang xsangka tahun 2010 dah pun berlabuh,, rasanya baru semalam aku jejakkan kaki ke pintu masuk SSAJ.. jumpakawan2.. bangun jer tdo da haapy new year.. banyak sangat kenangan manis,pahit,tawar yang dah kita tempuhi sepanjang 2010. tapi bila dah masuk tahun baru. azam pun baru jugak.so,semua msti baru.. hehhee.. 


bila masuk tahun baru je, kita mesti pasang azamkan..tapi tahun ni aku rasa nak teruskan azam yang tahun lepas kot.. cuma azam terbesar aku tahun ni nak dapatkan pingat emas ARP tahun ni gak INSYA ALLAH.. selain tu aku nak sertai sukarelawan peringkat antarabangsa.. teringinnye nak tolong orang yang dalam kesusahan. bila dah masuk je tahun baru umurpn makin meningkat,so kena la ada perubahan dalam diri. xkan nak duduk kat takuk lama. malu lah.. hehehe.. so aku nak berubah.. INSYA ALLAH kalau niat kita betul, perjalanan hidup kita akan dipermudahkan. 


dekat bawah ni aku sertakan gambar kenangan sepanjang tahu 2010:





kenangan bersama  dengan kawan-kawan di kelas PRAU ATAS 1 memang aku xkan lupakan sampai akhir hayat.. banyak suka-duka kitorang bersama.. gelak tawa dalam 1 bilik kecik yang di panggil kelas ... lepas ni aku xkan duduk lagi di situ.. sedihnyer....



sambutran hari guru terakhir yang aku n kawan0kawan sambut disekolah. ye la lepas ni da xde lagi nak ke sekolah sambut hari guru.. grand sangat hari2.. i love u teacher...


pergi bercuti ngn kawan2.. dekat tanjung balau.. cantik tempannyer.. air bersih permandangan indah.. wahhh.. nak pergi lagi la... kenangn terindah 2010..

itulah antara gambar kenangn aku sepanjang 2010. sebenarnya banyak tapi nak upload faham2 la yer internet lambat.. nama je da masuk tahun baru.. hehehhe... 

Sunday, December 26, 2010

ANUGERAH REMAJA PERDANA

Anugerah Remaja Perdana (ARP) 

Program Anugerah Remaja Perdana telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. 

Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun.Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan 
berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. 

Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda. 


PENYERTAAN 

Memberi peluang kepada belia yang berumur 13-25 tahun tanpa mengira jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental. Program ini bukan bersifat pertandingan dan lebih menekankan kepada pencapaian serta kemajuan individu. 
Program ini bersifat sukarela dan sekiranya anda berusia melebihi 25 tahun, anda boleh menjadi sukarelawan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seperti menjadi pemimpin, mentor, jurulatih, penyelia atau penilai. 


TAHAP ANUGERAH 

Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas. 
Mempunyai 4 komponen wajib iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Kesemua komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan pertauliahan. Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu kategori 
tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan. 


BADAN OPERASI 

Badan operasi adalah terdiri daripada persatuan belia, sekolah, kolej, institusi, agensi bukan kerajaan, badan-badan swasta, sektor korporat atau pasukan beruniform. Orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam Badan Operasi bagi mengendalikan program ini dikenali sebagai Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Antara tugas pemimpin ialah untuk memberi penjelasan mengenai program ini kepada peserta, membantu peserta memilih aktiviti, memperkenalkan peserta dengan jurulatih dan memastikan cabaran yang dipilih oleh peserta adalah bersesuaian dengan peringkat anugerah yang hendak dicapai, serta memastikan kelayakan peserta untuk penganugerahan. 


FAEDAH PROGRAM 

Program ini adalah program berasaskan semangat kesukarelawan, memberi peluang dan cabaran kepada belia menerusi aspek-aspek berikut : 

1. Menyediakan peluang-peluang baru untuk menyahut cabaran 
2. Membentuk matlamat diri sendiri dan mencapainya 
3. Belajar mengenali diri melalui penemuan sendiri, kualiti peribadi dan kesungguhan 
4. Mampu merancang dan mengatur aktiviti mengikut kemampuan sendiri 
5.Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan berpandangan positif 
6. Belajar bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat 
7.Menjadi lebih peka kepada keadaan sekeliling dan persekitaran 
8. Membina kebokehan untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian. 


GANGSA -14 TAHUN KE ATAS 

Khidmat Masyarakat 
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan) 

Rekreasi Fizikal 
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan) 

Kemahiran & Inovasi 
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian,komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan) 

Penjelajahan & Ekspidisi 
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 12 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 6 jam sehari) 

Tambahan Masa Dan Bulan 
Setiap peserta perlu menambah 3 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran 


PERAK -16 TAHUN KE ATAS 

Khidmat Masyarakat 
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan) 

Rekreasi Fizikal 
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan) 

Kemahiran & Inovasi 
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan) 

Penjelajahan & Ekspidisi 
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 21 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 7 jam sehari) 

Tambahan Masa Dan Bulan 
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran 


EMAS -17 TAHUN KE ATAS 

Khidmat Masyarakat 
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan) 

Rekreasi Fizikal 
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan) 

Kemahiran & Inovasi 
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya(sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan) 

Penjelajahan & Ekspidisi 
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru(aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 32 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 8 jam sehari) 

Projek Penempatan 
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan peserta dalam aktiviti berfaedah bersama dengan masyarakat yang dipilih(melakukan aktiviti pilihan yang berfaedah untuk masyarakat setempat secara berkumpulan selama 5 hari 4 malam berturut-turut) 

Tambahan Masa Dan Bulan 
Setiap peserta perlu menambah 6 bulan aktiviti dengan memilih sama ada Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal atau Kemahiran 

*JIKA ANDA BERMINAT,SILA BERI NAMA DI BILIK SRM @ MENDAFTAR MELALUI PESANAN MESEJ DI FACEBOOK SRMUKM...SEBARANG PERTANYAAN ATAU MASALAH BOLEH DIAJUKAN DI FACEBOOK ATAU EMAIL: srmukm@gmail.com (SEBELUM 8 MAC)* 

Sila rujuk penerangan ringkas mengenai Anugerah Remaja Perdana di bahagian 'notes' untuk maklumat lanjut..
Satu taklimat khas akan diadakan pada minggu hadapan, marilah sertai ARP, respon butir diri anda selewat-lewatnya
Isnin, 8 Mac...Terima Kasih :)

Tuesday, December 21, 2010

4 Golongan Wanita Di Syurga & 4 Golongan Wanita Di Neraka

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda : Empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah SWT dan suaminya.

2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).

Kemudian Rasulullah SAW bersabda : Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah :

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya)

2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.

3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).

4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.

Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat.

Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata : "Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu". Beliau berkata : "Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan solatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan solatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku".

Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya".

Diceritakan dari Aisyah r.a. : "Pada suatu ketika Rasulullah SAW duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid".

Maka Rasulullh SAW bersabda : "Wahai manusia laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid".

Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahawa Rasulullh SAW bersabda : "Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka."

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : "Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya."

Isteri tidak wajib taat suruhan@arahan suami, apabila suruhan dan arahan itu bertentangan dengan hukurn Allah SWT

Imam Al-Ghazali menegaskan : "Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat"

Sunday, December 19, 2010

Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya Dihidupkan Semula

Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.


" Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….")

al-Nawwas bin Sam'an r.a

Wednesday, December 15, 2010

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu



lagu ni aku tujukan khas untuk orang yang paling aku sayang... someone special aku.. i love u so much.. cyg jgn pkir dia lagi tau...

tamat zaman persekolahan

yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaa,,,, aku rasa hepy sanagt hari ni bla pengawas peperiksaan cakap masa dah tamat... hari ni aku bebas.. bebas dari peraturan sekolah... bebas dari belengu buku2... aku rasa hepi sangat.. dan aku tau ramai yang kongsi kegembiraan ni bersama...  setelah setahun setengah aku berhempas pulas.. akhirnya aku berjaya tamatkan form6 ni...

tapi dalam kegembiraan ni aku gak rasa sedih sangat coz nak tinggalkan kawan-kawan yang dah aku anggap sahabat sehidup semati.. kawan2 yang selalu wat aku hepi dan tersenyum.. aku rasa sedih nak tinggalkan kawan yang selama ni amik berat pasal aku ... kalau aku xdatang terus je tanye kenapa xdtg... slalu celebrate bezday.. and all bersama... kawan2  lepas ni kita akan wat haluan masing2... aku harap kita akan terus saling mengingati... aku harap korang ingat aku dalam susah dan senang.. aku sayang korang semua....
                                                



   EYAH
ADDA
ANDY
CD
ZAHID
SHUK
APAT
KECIK
MIZA
HAWA
SYUHADA
ATEN
LYNDA
SYAKILA
SUZIE
TIMAH
ZURA
ECAH
WANI
MIEN
PEAH
AISAH
FARIHA
ATIKA

Tuesday, December 14, 2010

Peliknya umatku…

Peliknya umatku….
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg
taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian
seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku….
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan
terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan
seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku….
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak
ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.
Peliknya umatku….
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf walaupun 5
minit sehari.

Peliknya umatku….
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat
kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih
lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok
untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku….
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm
pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak
ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg
ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak
ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku….
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang
cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.
Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan…..

tanda lelaki cinta

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

pelbagai petua untuk kalian semua

Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
  1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
  2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
  3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Telinga Dimasuki Air
Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.

Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-

  • Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
  • Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.

Hancurkan Islam

10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam

1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

Sunday, December 12, 2010

AGAMA ADALAH NASIHAT


( عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال : لله ولكتابه ولرسوله لأئمة المسلمين وعامتهم - رواه مسلم  ) Dari Abi Ruqayyah Tmim Bin Aus al-Dary r.a : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda SAW bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.( HR Muslim )

Beberapa pengajaran yang dapat diambil dari hadis sahih diatas, ialah :

1. Agama yang dimaksudkan disni adalah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Firman Allah : "Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam". (Ali Imran:19); "Barangsiapa mencari agama selain Islam, nescaya Allah tidak  akan menerimanya, dan di akhirat dia pasti termasuk golongan yang merugi". (Ali Imran:85); Luqman Al-Hakim berkata : "Jika di dunia ini kamu memiliki hanya satu, maka satu-satunya itu hendaklah agama". Pepatah Arab berkata : "Manusia tanpa agama, bagaikan kuda tanpa kekang (hidup liar dan tidak terkawal)".

2. Islam adalah nasehat. Maksudnya : Agar kehidupan manusia terkawal maka agama sangat berguna untuk mengawal agar ia menjadi insan yang baik dan sempurna dan selanjutnya mendapat keredhaan Allah. Agama sangat berperanan membimbing manusia agar menjadi insan yang cemerlang dan bahagia di dunia dan di akhirat. Dan kita mesti ingat bahawa rujukan utama agama Islam adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW. Rasul SAW bersabda : "Aku tinggalkan dua perkara, selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat untuk selamanya".

3. Ketika Nabi SAW ditanya : Bagi siapa ? Lalu baginda SAW menjawap : Bagi Allah. Ini tidak bermaksud Allah memerlukan nasehat ! tetapi maksudnya : Kita mestilah beriman dan mentauhidkan Allah, jangan buat syirik, buat suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan mengharap redha-Nya; Bagi Kitab-Nya, yakni beriman kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup; Bagi Rasul-Nya, beriman kepada Nabi Muhammad SAW, mencintainya,  dan menjadikannya sebagai role model dan teladan dalam segala urusan agama, mencintai sesiapa yang mencintainya dan memusuhi sesiapa saja yang memusuhinya dan sunnahnya.

4. Adapun maksud bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin  pula ialah menolong dan menyokong mereka dalam perkara-perkara kebenaran dan keadilan serta patuh kepada mereka dalam urusan kebenaran. Tegur mereka dengan cara yang sopan dan ingatkan mereka ketika lalai melaksanakan kewajipan. Sedangkan bagi orang awam kaum muslimin pula, ialah membimbing mereka ke jalan yang benar, mengawasi mereka daripada jalan yang salah atau sesat, bertolong-tolongan dalam perkara-perkara kebaikan dan ketakwaan, saling hormat menghormati dan saling sayang menyayangi.

4. Walau nasihat itu berguna, namun jika tersalah caranya boleh membawa bencana. Oleh itu, ketika memberi nasihat kita perlu bijaksana dan tahu caranya. Pepatah Arab : " Memberi nasihat di khalayak ramai adalah suatu penghinaan". Rasulullah SAW bersabda : Hak muslim terhadap muslim lain ada enam, (satu diantaranya) : "Jika salah seorang saudara seagamamu meminta nasihat, maka berilah dia nasihat". Hanya saja menurut Imam Al-Nawawiy dalam syarahannya : Nasihat perlu diberikan kepada muslim jika dia meminta nasihat, hanya dalam hal-hal keduniaan seperti pertanyaannya tentang pribadi orang yang dia ingin menjadikannya sebagai rakan kongsi dalam urusan perniagaan, tetapi jika kita melihat kesalahan dalam urusan agama, maka kita wajib menegornya atau memberinya nasihat walaupun muslim itu tidak meminta nasihat.

5. Nasihat menurut bahasa Arab memilki tiga makna :1. menjahit/menampal : ( نَصَحَ الثَّوْبَ ) : Dia menjahit/menampal baju; 2. Menyaring/menapis ( نَصَحَ العَسْلَ ) : Dia menyaring/menapis madu; 3.Ikhlas ( تَوْبَةً نَصُوْحًا ) : Taubat yang ikhlas. Jika kita rangkumi ketiga-tiga makna tersebut, maka suatu nasihat mestilah memenuhi tiga sifat, iaitu : 1. Nasihat mestilah ke arah memperbaiki atau kesempurnaan diri orang yang dinasihati sebagaimana peranan jahitan atau tampalan baju yang koyak. 2.Ketika memberi nasihat hendaklah menggunakan kata-kata yang baik-baik atau ditapis dan diseleksi, bukan asal cakap yang boleh menyinggung perasaan orang yang dinasihati. 3.Suatu nasihat hendaklah diberi dengan niat yang ikhlas, bukan cari pengaruh atau pujian atau keuntungan duniawiy.

6. Muslim/muslimat jika mendapat nasihat dari seseorang, sama ada dari Ibu Bapa, para guru, para ustaz atau para ulama dan pendakwah, hendaklah menerimanya dengan baik dan berusaha untuk mematuhinya. Lebih-lebih lagi jika nasihat itu memenuhi semua kriteria di atas dan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Allah SWT menggambarkan ciri-ciri orang kafir dalam firman-Nya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan, mereka tetap saja tidak mau percaya (beriman) - (Al-Baqarah : 6) Oleh itu, umat Islam tidak seharusnya memilki sifat kafir tersebut, tetapi selalu " Sami'naa Wa Ata'naa ".

7. Rasulullah SAW bersabda dalam wasiatnya sebelum wafat : " Bertakwalah kamu kepada Allah, dan dengarlah, dan patuhilah, walaupun yang menyampaikan (nasihat atau kebenaran itu) seorang hamba abdi berbangsa Habsy". Wasiat ini mengandungi pengajaran : 1. Untuk mencapai derjat takwa, seseorang itu mestilah suka mendengar dan mematuhi (kebenaran) yang didengarnya itu. 2. Kebenaran yang disampaikan wajib dipatuhi tanpa mengira siapapun yang menyampaikannya, walau dari orang yang tidak mempunyai status seperti hamba abdi berbangsa Afrika.

Insya Allah ustaz akan tulis nasihat secara bersiri , paling kurang satu nasihat setiap minggu.Anggap saja ini Nasihat Agama Siri (001). Ustaz berusaha untuk memenuhi ciri-ciri nasihat di atas berdasarkan Kalam Allah dan Kalam Rasul-Nya. Kepada semua, ustaz persilakan memenfaatkannya dan menyibarkannya kepada rakan-rakan yang lain. Ibu Bapa disarankan menggalakkan setiap anaknya mengikuti Siri Nasihat ini, semoga dapat mengurangi beban orang tua, khasnya dalam dunia globalisasi yang sangat mencabar ini. Marilah kita saling bertolongan ke arah kebaikan dan takwa. Allah berfirman : "Bertolong-tolonglah kamu kepada kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan" - ( Al-Maidah : 2 ).

Wassalam.

Yang Ikhlas,

Ustaz Dr. Abdullah Yasin.
Mantan Pegawai Dakwah Di Unit Dakwah Islamic Counsellor,
Keduataan Arab Saudi, Malaysia, Kuala Lumpur - ( 1980 - 2009 )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...