seangkatan denganku

Monday, December 17, 2012

renungan bersama

ASSALAMUALAIKUM.... 

RENUNGAN BUAT WARGA BLOGGER...  info ini aku perolehi dari facebook.. silalah baca ^.....^

ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR! Tersentak seketika. Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al- Quran. Allah Allah Allah..

Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7
.
Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.




[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........

Thursday, December 13, 2012

resepi chocolate rice pudding.. senang lagi sedap


Assalamualaikum ….. ^ …^
Harap-harap semua follower dan penggemar blog sayaa ini sihat hendaknya…
Rasanya sudah lama saya tak berkongsi resepi kepada semua warga bloggerkan.. hari ini saya nak kongsi bersama anda semua satu resepi dessert yang tak kurang enaknya.. jika dimakan pasti hendak mencuba lagi. Tapi tak boleh lah nak makan banyak-banyak nanti penyakit senang dapat.. ^---^
Resepi yang saya nak kongsikan kepada warga blogger semua adalah  chocolate rice pudding.. bahan-bahan dia senang je nak dapat .. pergi aje lah ke tesco ke.. giant ke mesti jumpa punya lah… kalau tak jumpa jugak tak tahu lah nak kata apa.. huhu.. sebab apa saya pilih pudding nie? Sebab pudding caramel, mango pudding semua tu kita dah selalu sangat kita dengar dan rasa. Chocolate rice pudding ni agak jarang orang buat. So kepada sesiapa yang ingin try buat resepi ini silalah ambil resepi dibawah ini
|
|
|



|
|
|
V

CHOCOLATE RICE PUDDING
INGREDIENTS:
1 litre fresh milk
250g  whipped cream
250g  rice
150g   sugar
50g    corn flour
250g  dark chocolate
50g    chopped mix nut


METHOD:
1.     Pertama korang perlu didihkan fresh milk(susu segar) , gula , whipping cream dengan beras.. korang boleh guna apa sahaja beras.. (seelok-eloknya beras basmati)
2.    Selepas bahan-bahan di atas sudah mendidih, tambahkan corn flour (tepung jangung ) dan melt chocolate dan tambahkan mix nut yang telah dicincang halus.
3.    Setelah nasi masak. Sejukkan di dalam chiller sebelum di makan.


Macam mana senang aje kan cara-cara nak buat pudding ini kan.. macam masak nasi aje. Hehehe… hope korang dapat mencuba resepi ini di rumah.  Nak resepi yang lain lagi???? Tunggu entry yang akan datang.. 

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12 - LATIHAN INDUSTRY

salam semua selamat malam... 
 hehehhehe... 
agak kerap jugak lah aku berblogger sebab tengah tak ada buat apa-apa... 
( padahal minggu depan nak exam.. hehehehe!!!!)
hari ini kita semua telahpun meninggalkan satu hari yang aku anggap unik... kerana tarikhnya 12/12/12.. cantikkan tarikh nie... lepas ni kita memang dah tak akan jumpa lagi tarikh-tarikh yang cantik macam nie... kena lah tunggu bertahun-tahun lagi untuk temui tarikh-tarikh yang sedemikian... mesti semalam banyak orang declare couple... bertunang... kahwin apatah lagi... tak kurang juga ibu-ibu yang melahirkan anak pada tarikh tersebut....

sebenarnya aku bakannya nak cerita sangat pasal tarikh yang cantik sangat nie... saje aje... sebab malam2 nie aku rasa nak mencarutpulak.. hehehe jangan marah... agak2 apa yang korang tengah buat sekarang nie?

cukup-cukup lah tu mengarut.. sebenarnya aku boleh dikatakan tengah dalam keadaan sedih, celaru , berduka jugak lah... bukan apa.. TEMPAT PRAKTIKAL TAK DAPAT LAGI???????

YA ALLAH PERMUDAHKAN LAH HAMBAMU INI MENCARI TEMPAT PRAKTIKAL....

aku harap dapat lah buat latihan industry (praktikal) kat  kedai bakery yang  akan aku apply nanti... tengah serabut jugak orang lain dah dapat tempat. aku je yang masih lagi terkapar-kapar mencari hala tuju.. hehhe gaya macam sedang mencari kerja.. tapi praktikal pun penting jugak... lepas ni boleh lah aku kongsi dengan warga2 blog semua aktiviti harian ku sepanjang mejalani latihan industry.. 

apa-apapun good luck kepada semua kawan2 yang dah pun dapat tempat di hotel2.. restoren2... hope kita semua berjaya macam senior2 kita yang lepas insyaALLAH....




Wednesday, December 5, 2012

semesta baru yang penuh cabaran


Assalamualaikum …..
Salam sejahtera kepada semua warga blogger yang amat saya sayangi…J
Pastinya anda semua sihat bukan hari ini. Kalau tidak, tak ada lah anda semua sibuh menghadap pc , lappy , ipad , henfond or all…..
Hari ini aku nak cerita pengalaman masuk sem baru… perasaan aku semestinya happy sangat2… yer la selama 2bulan bercuti, sekarang da dapat bersua kembali bersama teman2 kontigen2 F803 kelana puteri… love u all…. ( ALEX , MIELO , BOTAK , KIMI, AZRI , SHAH , FAHMI , APIS JB AND PESERTA BARU DLM KONTIJEN NIE AYATT…. ) 
Sem ni nampaknye semua dah Nampak lebih matang.. hehehhe.. ye lah umur pun dah meningkat..
Dalam diam tak diam dah setahun aku berada kat FIM…  rasa tak percaya pulak dah setahun aku belajar kat KL nie. ALHAMDULILLAH selama aku belajar dekat sini semua masalah aku dapt atasi…
Sem ni aku dah bertekad untuk berubah menjadi lebih baik. Aku nak tinggalkan semua kegiatan tang selama ni  tak sepatutnya aku buat.. hehhee.. aku nak dekatkan diri aku kepada ALLAH..  dan aku harap perubahan aku ini bejalan dengan lancar..
Selain tu aku harap hubungan aku dengan orang yang aku sayangi dapat restu ALLAH… aku   harap hubungan kita kekal  ke jinjang pelamin  suatu hari nanti. Walaupun aku sedar hubungan kita tak seperti pasangan bercinta yang lain.. percayalah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini…
Masuk sem baru ni pun aku berhasrat untuk kuruskan badan…   aku harap jugak diet aku kali ini berjalan dengan sempurna. Bukan hanya hangat2 tahi ayam sahaja. Kawan2 blogger tolong doakan yer.. J
Selain tu sem ni aku nak berjimat  cermat tak nak susahkan family sangat dengan asyik minta duit aje…

Sem nie mungkin pengalaman aku lebih seronok sebab sem ni aku akan menjalani commercial class. Comersial class nie lebih kurang kita conduct restaurant la. Rasa teruja , takut semua ada.. hehehhe.. yer lah nak conduct sesebuah restaurant. Walaupun sehari tetapi  penaglaman tu amat berharga…

kat bawah ni aku letak beberapa gambar untuk tatapan korang :)


Okay lah kawan2 ku… aku dah tak tahu nak tulis apa lagi hehhehehe.. hope korang semua sudi lah baca blog aku nie…
Love u all…

Tuesday, August 7, 2012

puasa + nak dekat raya + lagu raya


Assalamualaikum J
Apa kahabar semua warga blogger….
Harap semua sihat shaja hendaknya.. lebih-lebih lagi dalam menempuh bulan Ramadan yang penuh rahmat ini…..
Malam ni terasa nak menulis something pulak…..
Tapi nak tulis pasal apa????
Baik lah sempena  dah nak dekat raya nie… adalah lebih baik saya bercerita mengenai lagu raya.. hahhaha….
Iyala…. Bila dah nak dekat raya nie.. mulalah semua stesen2 radio tk kira la HOT FM… Era FM….
Hinggakan Hits FM yang selalunya hanya mendendangkan lagu2 berentak kebaratan pun dendangkan lagu raya……
Cubalah korang pergi ke shopping complex, mall, sampai dekat pasar pun semua orang pasang lagu raya. Wah hebat sungguh penangan lagu raya. Sampai lagu2 yang selalu hits macam “untuk dia, sudah cukup sudah, sesaat kau datang” , lagu2 omputih pun boleh turun carta bila time musim raya….  Ye la dah musim raya xkan asyik nak dengar lagu boyfriend, set fire to the rain, love you like a love song pulak kan..
hahhaha…
“ Berlalu la sudah ramadhan..
sebulan  berpuasa..
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira…
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa…….”
Mesti semua tahukan bait-bait lirik lagu ni….
Apa bestnye lagu raya nie????
Lagu raya nie sebenarnya mempunyai kesenian tersendiri. Then, lagu raya ni dapat membangkitkan semangat nak raya. Cuba kalau tengah pasang langsir sambil dengar lagu raya. Hah ! baru lah rasa macam nak raya.. selain itu, bila kita dengar lagu raya ni, hati kita rasa dekat je dengan family… lagi2 mana2  anak2 yang jaoh di perantauan.. bila dengar je lagu “dari jauh ku pohonkan ampun maaf  nyanyian Sudirman , perghhhh leleh air mata…
Selain itu, keunikan lagu raya nie sebab dia  diperdengarkan setahun sekali.. musim raya je kita dengar lagu raya. Sebab2 lah lagu-lagu raya ni kita tak jemu dengar. Lagi2 lagu2 raya yang lama2…
Antara lagu raya yang aku minat adalah
Air mata syawal - Dato Ct
Suasana hari raya – anuar zain dan Helena
Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri
Azlina Aziz  - Indahnya Beraya Di Desa
Ini antara lagu-lagu yang aku minati lah.. hehehhee
Macam mana dengan anda semua.. mesti semua ada lagu raya yang boleh buat anda semua rasa seronok nak beraya…
Apa pun lagu kesukaan korang. Kita perlu berterima kasih kepada penulis lirik dan penyanyi lagu tu. Kerana dorang lah yang membuatkan lagu raya ni segar.. dengar  selalu pun tak jemu2…
Dekat bawah ni aku sertakan lirik lagu indahnya beraya di desa nyanyian Azlina Aziz :
Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah kedesa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di haribahagia
Dalamkerinduan ayah danbonda
Segalajuadahdisediakan
Mengharappulangnyaanak yang tersayang

Usaha 'pakar' hati orang tua
Indahnyaberaya di desa
Kaya danmiskinsamameraikan
Mengikutkemampuandiri-sendiri

Bergembira
Kunjung-mengunjungwajibamalkan
Bertukarjuadahtandaberjiran
Sebuahdesabagaikanbersaudara

Oh seronoknya
Teruskanamalandesa di kota
Kunjungijiran di hariraya
Kesibukankerjabukannyaalasan
                                                  Kita berayaselamasebulan

Sampai sini aje lah celoteh saya mengenai lagu raya. Jika ada sebarang pendapat boleh lah komen ea.. komen daripada anda semua amat saya hargai.
P/S : entry seterusnya nak cerita pasal kuih raya pulak .. huhu…..

Thursday, August 2, 2012

cuti + puasa +bazaar.......


ASSALAMUALAIKUM…

Kini tinta menari lagi….. :)
Hye semua warga blogger…..
Masih ada ke  yang follow cter2 saya disini hehehe….
Lama sungguh rasanya diri ini tidak menjejaki laman blogger….
Hurmmm… cerita apa agaknya yang ingin saya kongsikan untuk kali ini yer?
Ouuuuppppsss…
Sebelum terlupa… saya nak ucapkan salam ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia….
Dah masuk pertengahan ramadhan pun nie kan.. huhu…
Sekarang nie saya tengah cuti semester…
Hah!!!!!
Baik saya cerita aktiviti saya semasa cuti ni kan…
Kalau korang  tak nak baca pn taka pa..
Hehehhe..
Sepanjang cuti ni kan bulan ramadhan.. biasa la bila datang aje bulan ramadhan AL kareem nie…
Semua orang berebut2 nak berniaga… tak lupa juga pada aku yang telah menjadi salah seorang warga bazaar ramadhan Taman Sri Lambak (T6). Nak cerita letih bekerja , mana ada kerja yang tak penat … makan tidur pun penat jugak kan…
Hehhehehe…
Jangan marah sapa yang terasa.. aku just tolong je kat bazaar 2… tahun nie tak kurang hebatnye saingan orang2 yang berniaga… ALHAMDULILLAH ramai muka2 baru yang berniaga.. semakin bertambah rakyat kita yang menceburi bidang perniagaan…
Antara pengalaman yang paling best sekali masa berniaga ni bila tengok gelagat peniaga tarik minat pelanggan… salah seorangnya adalah pak cik jual sate.. cik musa sate yang terkenal2..
Hehehhehe…
Selain jual sate.. cik musa gak menjual bubur ayam… cara dia mempromosikan bubur ayamnya adalah dengan cara memanggil pelanggan dengan menjerit…
Dik, bubur ayam,bubur ayam… beli satu percuma satu sudu… hahahhha bila tang sudu2 perlahan je dia jerit…
Ada gak yang hanya duduk diam tunggu sahaja pelanggan singgah ke gerai mereka…
Ok lah kawan-kawan blogger semua.. sampai sini aje la cerita bazaar saya nie.. hehe..
Papepun  saya harap ramai lah yang follow n baca blog saya agar senang hati saya nak mencurahkan segala cerita.. hehehhe….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...