seangkatan denganku

Sunday, September 22, 2013

BAHAGIAN 2 : Cara-Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Diri

Pelbagai Cara yang Anda Boleh Lakukan untuk Memotivasikan Diri Anda.

Artikel motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak bermaya, atau putus asa melanda diri anda!

Berikut ini adalah 21 cara!

  1. Membaca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya.

  2. Menulis artikel motivasi.

  3. Mendirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.

  4. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.

  5. Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”

  6. Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.

  7. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!

  8. Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.

  9. Meditasi.

  10. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.

  11. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.

  12. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!

  13. Membuat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.

  14. Menyusunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.

  15. Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.

  16. Berjumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.

  17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.

  18. Beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga -  tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit.

  19. Menghadiri seminar motivasi.

  20. Mengadakan kenduri doa selamat.

  21. Melancong di dalam atau ke luar negara.
Pilihlah mana-mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, semangat dan kecergasan anda akan kembali kuat.

(TAHNIAH)Fouziah Gaus Kini Sah Isteri Zhafran Dengan Sekali Lafaz

Jutaan tahniah diucapkan buat Fouziah Gous dan Zhafran yang telah pun selamat bergelar suami isteri kira-kira 9.45 malam tadi dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam.
fouziah gous
Mas kahwin yang dihantar ialah sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran ialah RM50,000. Pihak lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat.
fouziah gous
Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.
fouziah gous
Tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous dan Zhafran atas pernikahan ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi!!!

aku dah last sem wehh....

Assalamualaikum
hai semua semua warga blogger......
aku tahu semuanya sihat sejahtera aje kan....
huhuhu...  rasanya macam baru semalam family aku hantar aku ke KL untuk menimba ilmu.... kalau korang ikuti perkembangan aku mesti korang semua tahu yang aku ni belajar apa kan... hikhikhik....

memang aku rasa mcam tak percaya yang dah dua tahun aku berada di kota yang banyak memberi aku semangat untuk menghadapi hidup ini....

tapi hari ni aku malas nak tulis banyak-banyak tak ada idea hahahha.... just  nak kongsi gambar sahaja :)



 masa SEM 1.... suka sangat lepak-lepak kat lobby condo... masa ni semua muka suci je... hehehhe...


 bersama kawan baik aku Fitri A.K.A mielo.... masa dekat penyet ekpress....




 bersama kawan susah dan senang aku time belajar.... hehhee.. masa ni dalam perjalanan pulang ke kampung.. masa ni alex ni besar.. sekarang dah kecik orangnyer...




ni time last sem 1... ini lah uniform kita orang ..... student-student FIM...



time kelas kitchen.... lepas ni rindu lah weh....... kenangan yang tak dapat aku lupa... sememangnya FIM banyak beri aku kesedaran betapa susahnya hidup dirantauan....


nak lagi ke gambar-gambar menarik???? tunggu k.. 

Thursday, September 19, 2013

BAHAGIAN 1 : Definisi - Pengertian - Makna - Maksud Motivasi

Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini menjelaskan definisi, pengertian, maksud, makna atau takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.

1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju & Penggerak Tindakan

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.

Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.


Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa: 


"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."

2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. 
 
Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.

Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan."

3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.

Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat."

4. Motivasi Sebagai Stimulator
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat demikian.

Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih." 


Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa: 
"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini."


5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian
Apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan bahawa:
"Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...