seangkatan denganku

Sunday, December 5, 2010


Maal Hijrah -Imbasan Sejarah-

Maal Hijrah adalah tahun permulaan dalam kalender ummat Islam. Bagiku, perkataan Hijrah itu membawa makna yang sungguh bererti dan masih diingati hingga kini.
Di zaman persekolahan dulu, Maal Hijrah disambut meriah. Begitu banyak program yang diatur bagi menjayakan perayaan tahun baru Islam ini. 
pada tahun ini maal hijrah amat bermakna bagi aku. kerana aku akan tamatkan zaman persekolahan dan akan berhijrah ke alam masa hadapan. sempena maal hijrah ini aku berazam untuk :

1. kuruskan badan
2. jadi yang lebih baik dari tahun lepas.
3. memperbaiki kelemahan yang ada.
4. menjadi lebih matang dalam persahabatan..
aku ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah.. semoga tahun ini kalian semua berada dalam keadaan sihat dan diberkati insya ALLAH. lirik  lagu ini aku tujukan khas untuk semua
Satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua
kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman

No comments:

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...