seangkatan denganku

Thursday, December 13, 2012

resepi chocolate rice pudding.. senang lagi sedap


Assalamualaikum ….. ^ …^
Harap-harap semua follower dan penggemar blog sayaa ini sihat hendaknya…
Rasanya sudah lama saya tak berkongsi resepi kepada semua warga bloggerkan.. hari ini saya nak kongsi bersama anda semua satu resepi dessert yang tak kurang enaknya.. jika dimakan pasti hendak mencuba lagi. Tapi tak boleh lah nak makan banyak-banyak nanti penyakit senang dapat.. ^---^
Resepi yang saya nak kongsikan kepada warga blogger semua adalah  chocolate rice pudding.. bahan-bahan dia senang je nak dapat .. pergi aje lah ke tesco ke.. giant ke mesti jumpa punya lah… kalau tak jumpa jugak tak tahu lah nak kata apa.. huhu.. sebab apa saya pilih pudding nie? Sebab pudding caramel, mango pudding semua tu kita dah selalu sangat kita dengar dan rasa. Chocolate rice pudding ni agak jarang orang buat. So kepada sesiapa yang ingin try buat resepi ini silalah ambil resepi dibawah ini
|
|
|



|
|
|
V

CHOCOLATE RICE PUDDING
INGREDIENTS:
1 litre fresh milk
250g  whipped cream
250g  rice
150g   sugar
50g    corn flour
250g  dark chocolate
50g    chopped mix nut


METHOD:
1.     Pertama korang perlu didihkan fresh milk(susu segar) , gula , whipping cream dengan beras.. korang boleh guna apa sahaja beras.. (seelok-eloknya beras basmati)
2.    Selepas bahan-bahan di atas sudah mendidih, tambahkan corn flour (tepung jangung ) dan melt chocolate dan tambahkan mix nut yang telah dicincang halus.
3.    Setelah nasi masak. Sejukkan di dalam chiller sebelum di makan.


Macam mana senang aje kan cara-cara nak buat pudding ini kan.. macam masak nasi aje. Hehehe… hope korang dapat mencuba resepi ini di rumah.  Nak resepi yang lain lagi???? Tunggu entry yang akan datang.. 

No comments:

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...